Thursday, August 27, 2009

janganlah mempersendakan Perintah Allah s.w.t

sejak akhir2 ni isu penangguhan hukuman sebat keatas kartika sangat meluas...
berbagai2 saranan dan pendapat telah dikeluarkan oleh pihak2 tertentu..
apa yang saya nak cuba sampaikan ini adalah hanya semata2 pandangan peribadi shaja dan bukanlah berniat utk menghasut sesiapa.

pada pendapat sayalah..sejak isu kartika ini hangat diperkatakan dan beberapa kenyataan dari bekas perdana menteri, setelah membacanya...saya mendapati seperti bekas PM kita itu seperti mahu menolak akan hukum hudud..saya penah terbaca ttg petikan2 bekas PM kita yang sebelum ini seperti tidak setuju akan perlaksanaan hukum hudud..

pada pandangan saya sebagai orang yang cetek ilmu agamanya pun dapat merasa yang kenyataan2 yang dikeluarkan oleh bekas PM seperti prejudis terhadap hukum Allah..seperti kurang ilmu agamanya...
sesungguhnya setiap hadis dan suruhan Allah s.w.t perlulah ditafsirkan secara mendalam (tersirat) dan bukan secara tersurat sahaja. cara hidup islam hendaklah secara menyeluruh jiwa dan raga, bukanlah sekadar mencedok sedikit2 sahaja.. jika hendak dikira ilmu Alllah s.w.t tidak akan dapat ditulis oleh tujuh lautan sekalipun.

saya sebagai orang yang sgt merendah diri menasihatkan orang2 islam agar bersama2 lah kita kembali pangkal jalan..iaitu apa yang saya maksudkan adalah ajaran islam yang sebenar.
apakah sebenarnya yang di maksudkan islam hadari jika pemimpin sendiri tidak menunjukkan sifat kepimpinan islam yang sebenar..terasa berdosa diri ini jika hanya membiarkan sahaja kemungkaran2 terus berlaku...kembalilah kita kepada ajaran islam yang sebenar.