Thursday, May 5, 2011

luka-luka semalam...

aik!..hehe entry ni bukan pasal cintan-cintu yer...tp ni pasal hal semalam...waaaaaaaaaawaaaaaaaaaaa!!!!!

semalam i terjatuh dari motor i ... :(

semalam x rasa sakit sgt...luka2 jer...tp pagi tadi bila bangun tido..i x boleh bagun...sakit semua bdn2 i...adoiiii!!!

cer cite cer cite...kenapa awok jadi gitu?

hehe...yo lah ni i nak cite ringkas jer...

pagi semalam tgh ride pi keje sampai parking kereta dkt opis,,, ader kereta tu dpn i, ingatkan dia nak terus, jd i pun terus la memandu...tiba2 dia terus masuk parking da, x bagi signal....

sape yg salah?....dah tentulah dia pemandu kereta tu...

hah!..i pun x sempat nak elak..gedebuk...i cuba utk x jatuh..tp apakan daya terlepas juga handle.....jatuh juge la...nak jatuh tu pun boleh sempat lagi fikir..jgn la luka!!!...

bangun jer terus pi tgk kat kereta tu pastu jerit kat driver tu..signal xder ker????...boleh dia kata eh dah bg signal...kepala janggut kau...tgk signal pun x berkedip2.....mmg salah kau.

apa lagi kesia kat honda 5series i tu.....ni la first time i bawak motor sampai terluka ni...
pastu pe lagi dah tau dia salah...so, medical fee, repair motor kamu yg tanggung ok...tgk luka dah tapak tangan i...sakit badan lagi, mesti otot2 i terkejut.. :(

YA Allah...hopefully it's the last incident..(semoga di berikan keselamatan keatas kami sekeluarga ya Allah pergi dan pulang dari rumah kami ya Allah, serta diberikan keselamatan dimana jua kami berada..amin)



yes..i got it!

hehe...tahniah kepada diri sendiri sbb telah berjaya mengodek2 blog sehingga akhirnya berjaya buat music background utk blog .. :D

Saturday, April 30, 2011

ADDICT!!

Sekarang ni saya sedang Addict!...atau saya sedang suka sgt2 memasak!!!

memasak?...sape kata saya x pandai masak..
mmg x pandai pun :P....

sebagai seorang wanita nak x nak dia mesti pandai masak....mmg itu naluri seorang wanita :)... cuma tahap kemalasan atau kerajinan dan skill jer yang membezakan pandai ke tidak memasak.

hehe...kalau memasak lauk2 tu mmg dah biasa, cuma ni bab masak memasak kuih...yer.. kek atau biskut!!!!...semangat nak buat kek dan biskut ni sedang membara sejak sebulan ni... x tahulah kenapa...

mungkin sbb pengaruh dari my sister la ni. selalu buat kek, kek cawan @cupcake dan coklat untuk tempahan...sekarang dia tgh belajar mengukir2 buah...hehe lepas ni adakah saya juga akan ikut serta mengukir buah juge???... haha tgk la pada kerajinannyer :P

(dulu x heran pun nak belajar memasak dgn my sister tu)

nak buat kerja berseni ni saya cuma ada sehari jer (tu pun kalau x keluar shoping2 ker, jejalan2 ke...
almaklumlah cuti seminggu cuma sekali jer..sbb tu x kawen sampai sekarang, xde masa nak mencuci mata @ jejalan cari calon..(awwww!!!..geli mak dgr)..so, ahad jer la masa utk cuba membuat keknyer..


nak tau makanan apakah yg telah di masak?...

ha...lepas ni kita upload la yer....tunggu ler kerajinan meng-upload tu datang..hehe....


p/s : esok cuti 2 hari..yea yea...sgt seronok, sbb bukan senang dpt cuti 2 hari ni...2 hari pun dah syukor nikmat nyer...(org lain yg dah biase cuti sabtu ahad kompem x heran..)..lagi satu nak kena siapkan baju nak ke majlis kawen my friend 14/5 ni...hehe saye juge boleh menjahit baju sendiri tau :)...sendiri punya baju jer...hehe)

2 - 1 =0

Di sini saya nak kongsikan satu artikel mengenai amalan2 kita...

Dari segi ilmu metamatik, jawapan pengiraan di atas memang salah.
Budak tadika pun tahu apa jawapan betul yang sepatutnya.
Hakikatnya, itulah pengiraan dalam Islam.
Pengakhiran hidup kita hanyalah dua, samada baik atau sebaliknya.
Pekerjaan dan perlakuan kita hanya mempunyai dua balasan, pahala atau dosa. Tiada setengah atau suku darinya.

Formulanya senang. Segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan, sejajar dengan syariat Islam, maka ganjaran pahalalah untuk pelakunya.Perintah dan suruhanNya yang kita lakukan dengan baik dan menepati garis panduan, juga pahala sebagai balasan.
Dan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.(4:40)

Barang siapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(4:111)


Aplikasi Secara logiknya, adakah seseorang yang bertudung, tapi menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya dikira menutup aurat? Semestinya tidak. Apakah pelakunya akan mendapat ganjaran pahala atau sebaliknya? Dari pemahaman formula di atas, kosong jawapannya.

Begitu juga dalam pemahaman tentang solat. Melakukan solat tanpa mematuhi rukun solat, adakah sah solat kita? Semua setuju jika jawapannya tidak. Harus lengkapi syarat-syarat yang sepatutnya.

Pening melihatkan stail tudung yang muncul dengan pelbagai fesyen dan corak.
Stailnya dipadankan dengan contoh artis yang bertudung, kononnya menjadi ikon untuk muslimah bertudung.
Gejala bertudung memang berkembang pesat di Malaysia dan ia memang dapat dibanggakan. Tapi, cuba pandang dua kali, adakah tudung yang dipakai menepati syara' Islam?

Allah memberikan garis panduan seperti yang termaktub dalam surah al-nur, ayat 31

Katakanlah kepada wanita yang beriman:

"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Perintah Allah menyatakan pemakaian tudung perlulah menutupi dada. Namun, banyak salah faham yang berlaku. Rata-rata yang bertudung tidak menepati hukum aurat. Bentuk dada masih didedahkan padahal rambut dan leher elok bertutup. Apa yang kita dapat?

Saya menyeru kepada muslimah yang membaca artikel ini agar bertudung mengikut panduan dan syariat Islam. Bertudung bukan semata-mata menutup rambut kita, tapi perlulah menutupi dada juga.

Saya rasa, alang-alang menampakkan dada, kenapa tidak yang lain juga padahal juga dosa yang dapat. Sama saja dosa orang yang bertudung tetapi tidak mematuhi syarat dengan yang mendedahkan rambut kerana pahala itu tiada separuh-separuhnya.
Dalam menutup aurat, Islam menetapkan pakaian seseorang muslimah perlulah meliputi seluruh tubuh wanita longgar, tidak nipis, bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya dan tidak menyamai pakaian lelaki.

Praktikal 2-1=0 juga untuk syariat-syariat Islam yang lain.

Konsepnya mudah. Lakukan perintah Allah dengan mematuhi syarat-syaratnya, pahala akan kita dapat. Satu syaratnya kita abaikan, dosa yang diperolehi oleh kita. Kadangkala, konsep ini kita terlepas pandang.

Wallahua'lam
sumber : http://iluvislam.com/

Friday, April 29, 2011

Doa Nabi Yunus


La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.”

bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

sedetik lebih

Tuesday, April 26, 2011

Hikmah Solat

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud, maka akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu" [H.R.Attabrani]

jangan pernah menyerah...


"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan... teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup ini..."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kapada Ilahi..."

"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan"

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

p/s : kehidupan di dunia suatu persinggahan sebelum kehidupan kekal di akhirat...berusaha menjadi lebih baik :)

Surah As-Sajdah


SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

p/s : "tiada manusia yang sempurna..oleh itu jadilah manusia yang berusaha untuk lebih sempurna"

Monday, April 25, 2011

Harta...harga yang melambung-lambung

Mode : Sedang memikirkan kenapa harga2 barangan sekarang nie mcm melambung2 tinggi..ermmm

1. Fikirkan rumah :
kenapa harga rumah sekarang ni mcm x masuk akal jer. siapa yang menetapkan harga untuk setiap rumah2 yang dijual di malaysia ni?...atas alasan tanah mahal? harga bahan binaan melambung2? Demand vs supply? atau sebab dah terlalu ramai orang2 kaya kat malaysia ni?

2. Fikirkan kereta :
kenapa harga kereta tempatan kita lebih mahal atau menghampiri kereta2 import? ...ermmm...teringat sorang lecture yang pernah study kat United Kingdom dulu.. dia kata dia beli kereta BMW dengan harga RM30 ribu tunai....bawak balik malaysia tambah tolak cukai, kontena x sampai pun harga sebijik kereta tempatan.... Cukai Kenderaan kita terlalu tinggi?..kenapa caj terlalu tinggi...


3. Fikirkan emas :
Cuba survey kat kedai emas... pergh!!...kalau emas hari ni naik cepat jer kedai emas naikkan harga... tapi kalau harga turun x pulak kedai turun2kan harga...pelik?...hebatkan persatuan peniaga2 emas kita ni..ermmm

4. Fikirkan harga barangan lain : makin hari makin naik....

5. Berat Badan : ...ni satu hal yang asik nak naik...BERAT BADAN NAIKKK!!!!...oh TIDAK!!!...haha, terima jer la kenyataan...kalau timbang tu boleh berkata2 dia dah kata..."kamu turun cepat!!..awak berat!"..haha, kompem x mau timbang berat lagi :P

..hehe.. nak tau ape yang susah nak naik?....
...jawapannyer GAJI!!!...wah...jarang2 naik :P


# Bicara hati : setiap rezeki ketentuan ALLAH (s.w.t) ...Insyaallah Allah permudahkan setiap urusan kita dunia dan akhirat...yang penting kita mengikut batasan islam...amin. Insyaallah.

Friday, April 22, 2011

ARMADA - PEMILIK HATI


PEMILIK HATI......

Lihat ku disini

Kau buatku menangis

Tak ingin menyerah

Tapi tak menyerah

Mencoba lupakan tapi ku bertahan

Kau terindah kan selalu terindah

Aku bisa apa

Tuk memilikimu


Kau terindah kan selalu terindah

Harus bagaimana ku mengungkapkannya

Kau pemilik hatiku

Mungkn lewat mimpi.

Ku bisa tuk memberi

Ku ingin bahagia tapi tak bahagia

Ku ingin dicinta tapi tak dicinta

Kau terindah kan selalu terindah

Aku bisa apa tuk memilikimu


Kau terindah kan selalu terindah

Harus bagaimana ku mengungkapkannya

Kau pemilik hatiku

Wednesday, March 30, 2011

Mubahalah agar umat tidak berbalah : Minda Tajdid

Mubahalah agar umat tidak berbalah : Minda Tajdid

peribahasa cina mengatakan....

"seperti memasukkan cacing di buntut sendiri"...maksudnya seperti..." jgn mencari pasal atau masalah yang boleh menyusahkan diri sendiri...hehe ;P..peribahasa ni di petik dr Ir.Soon my
ex-project manager.

mari menambahkan ilmu....mcm2 ada :)

http://www.wonderhowto.com/how-to-set-up-a-basic-fishing-rod-126992/

ekplorasi ilmu memancing...

eh! sejak bila pulak aku suka memancing ni...hahaha...sebenarnya minat ni dah lama ada dlm kotak fikiran ku ini...cuma mungkin pandangan typical ku dulu mengatakan bahawa memancing ini tidak sesuai untuk wanita seperti aku..tapi..sekarang tidak lagi...inilah dikatakan aktiviti mencabar diri diri sendiri..kerana aktiviti ini biasanya tidak ramai wanita melakukannya..ehmmm, x kisah la..yang penting apa yg kita perolehi dari aktiviti ini adalah ia mengajar kita erti SABAR..BERSYUKUR dengan nikmat Allah s.w.t dan dpt menikmati keindahan alam ciptaan tuhan..udara segar, nyaman dan ketenangan...ya ketenagan... x ramai yg tahu memancing boleh memberikan ketenangan... semoga aktiviti ini memberi banyak manfaatnya.

Pingu Goes Fishing

Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun


bukti kekuasaan Allah S.W.T

itulah kebesaran Allah S.W.T.. walau secanggih mana teknology ciptaan manusia ia tetap tidak dapat melawan kekuasaan Allah S.W.T....Ya Allah SUngguh kecil rasa diri ini berbanding Segala Ilmu-Mu Ya Allah.