Friday, June 6, 2008

SABAR ITU LEBIH BAIK....

Kesabaran….
Aku bukanlah seorang yang sempurna…
Bukanlah secantik bulan mengambang,
Dari jauh cantik dipandang dari dekat banyak lubang2…

Aku adalah aku seadanya…
Sukar membuka cerita tentang hati dan perasaan..
Sering memendam rasa…
Walaupun hati meronta ingin meluahkan…
Mungkin kesabaran yang membuatku masih bertahan….
Kerana sabar itu separuh daripada iman…

Entah kenapa terasa ingin membenci seseorang…
Tapi bila berdepan merasa seperti terlalu kesian…
Aku tahu…..
Walaupun lemah tapi tidak mudah dipersendakan…

Sabar ini temanku…
Menjauhkan diri dari kelukaan itu mungkin terapi buatku..
Selain berdoa dan sentiasa ingat kepada-Mu Tuhanku…
Semoga jalan ini menjadi lurus dengan adanya sabar dihatiku..
_Original_By_Handumi

No comments: